Selasa, Oktober 20, 2009

Roti Puri Kari Ayam

Bahan Roti Puri :- (15-20 keping)
2-3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
2 sudu besar marjerin
1 sudu kecil susu pekat
sedikit garam
air secukupnya

Cara-caranya :-
1. Masukkan tepung,serbuk penaik dan marjerin, ramas sehingga seperti serbuk roti.
2. Masukkan susu, garam dan air seterusnya uli sehingga menjadi doh.
3. Biarkan doh dalam 5-10 minit
4. Lepas tu buatkan seperti bola-bola kecil.
5. Letakkan sedikit tepung di atas tempat untuk menggelek bola2 kecil tadi (bentukkan ikut citarasa sendiri)
6. Bolehlah goreng sehingga kekuning-kuningan...angkat dan bolehlah makan dengan kari ayam ke...sambal ikan bilis pun boleh...

0 ulasan: