Khamis, Ogos 04, 2011

Fadhilat Untuk Isteri Cerdik Dan Solehah

Untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah subhanallah Taala untuk muslimah adalah terletak pada tanggungjawab atau peranan isteri terhadap suami.

Antara tanggungjawab yang wajib untuk isteri mendapat lebih pahala adalah seperti dibawah :-

1. Memberi atau membuat segelas air untuk suami.
Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun.

2. Menyedia atau memasak makanan yang mengenyangkan suami.
Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah.

3. Perkhidmatan yang diberi pada suami.
Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus.

4. Menghamilkan benih suami.
Fadhilat : mendapat pahala syahid.

5. Isteri mandi Junub dengan suami.
Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing pada fakir miskin.

6. Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan meninggalkan anak.
Fadhilat : Isteri mendidik anak itu menjadi seorang yang soleh atau orang yang berguna dengan didikan agama yang sempurna. Maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi benteng dari api neraka. dan sekiranya isteri berkahwin lain, suami yangg meninggal itu tetap dapat pahala sekiranya didikan Isteri pada anak-anak
berterusan dengan baik.

7. Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan menyukakan.
Fadhilat : seolah-olah berzikir kepada Allah.

8. Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan keredhaan suaminya dia terus masuk syurga!


kredit: Greenboy

sumber copy & paste : http://blogtokwan.blogspot.com/2011/08/fadhilat-untuk-isteri-cerdik-dan.html



Khamis, Jun 30, 2011

BILA LELAKI KEHILANGAN TULANG RUSUKNYA

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!

WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di

hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

Ditulis oleh Mohd Rusdi Ramlee

ANDAI AKU ADALAH TULANG RUSUK MU YANG HILANG

♥♥ بسم الله الرحمن الرحيم ♥♥

•♥• ANDAI AKU ADALAH TULANG RUSUK MU YANG HILANG •♥•

Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang
Aku berharap
Jika nanti Allah mempertemukan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita disatukan dan berhidup dgn mu didunia dan akhirat

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat cahaya mataku
Jadilah ayah yang bisa mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat
Yakni anak yang soleh dan solehah
Yang bisa menjunjung tinggi ISLAM Ad Deenul Haq

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Andai engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau bisa menjadi imam buatku dan cahaya mataku
Kau bisa menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau bisa mencintai aku apa adanya
Dan bisa menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Dan andai aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku bisa berubah menjadi kelembutan
Andai aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan cahaya mataku

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Kerana....
Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu

~♥~ InsyaAllah, aamiin ~♥~


Destinasi Cinta Mujahidah By Abie Hafizadic

Rabu, Jun 22, 2011

Mencuba nasib :)

Assalamualaikum w.m.t.

Apa habaq kawan-kawan semua...semoga sihat dan sentiasa dirahmati Allah s.w.t....Insya-Allah...hari ni nak mai cerita dengan kawan-kawan pasal iklan yang dibuat oleh Proton yang mana che' dapat info nie daripada blog adik ceera. Sebenarnya, sebelum ni che' pernah baca info daripada blog adik ceera nie berkenaan pihak proton telah menawarkan kepada 20 pasangan yang tersangat-sangat bertuah bagi che' lah untuk mereka test drive Proton Exora ...tapi sebelum nie macam tak terpanggil pulak untuk mengisi borang yang disediakan dalam laman web nie...tapinya hari nie macam nak cuba nasib untuk isi borang untuk Program Pandu Uji Proton Exora manalah tahu ada rezeki boleh jugak che' try test..acu cuba pandu Proton Exora nie kan. Sebelum nie hanya dengar-dengar dan lihat je orang drive Proton Exora nie kat jalan manalah tau esok lusa che' pulak kan..kan ... ;)

Selain tu, yang menguatkan semangat che' untuk cuba bila dah baca pasal testimoni-testimoni yang dah try pandu Exora nie macam ceera, virus padu, kad red dan beberapa blogger yang bertuah...fuhhhyoo macam bestlah pulak Exora nie...sangat-sangatlah sesuai untuk anak-anak che' yang lasak tu dan che' rasa mesti sangat lah selesanya kalau dapat pandu bawak balik rumah mak mentua kat Kelantan tu...ye tak (maklumlah duduk kat JB..mak mentua kat Kelantan)

Ok apa lagi kawan-kawan mehlah try...kalau kata hangpa bertuah dapat test drive dan che' pulak tak berapa nak bertuah jangan lupa jemputlah che' sekali na (amboi-amboi tak teragak-agak nak menempel jugak yek) cepat...cepat mohler ngisinya weh... :)


Psst..psst..sebenornya che' la nie memang drive MPV jugak tapi hok jenama lain... tapinya che' macam terasa jugak nak try test MPV Proton nie...maklumlah masa Exora nie keluaq che' dah pun beli kereta so gigit jari tangan lah nampaknya....che' terlambat.... :) ....so budget pun dah keluaq nak buat lagu mana ... :) nak beli baru tunggulah tok laki che' naik gaji dan hutang yang keliling pinggang pun kena solosai lah dulu
... :)

Jumaat, Jun 10, 2011

Peringatan Pagi Jumaat

Si perempuan itu mengumpulkan nanah yang keluar daripada kemaluannya lalu diberikan kepada lelaki'. Naudzubillah!

by Nurul Aqilah on Saturday, June 4, 2011 at 9:27pm
✿ Kisah di neraka..naudzubillah…✿

(Luangkan masa utk membaca kawan2 sahabat2 sekalian…sekejap jerk..mOga mendapat ikhtibar dan manfaatnya..) >_<”

Saya berjumpa fenomena menakutkan hari itu. Takkan saya lupakan selama-lamanya. Ia amat menakutkan dan membuatkan saya trauma beberapa ketika. Terngiang-ngiang ungkapan hamba yang menyesali ...dosa, “Alangkah, lebih baik sekiranya aku menjadi tanah.”

Seorang lelaki berwajah buruk berkulit hitam merangkak-rangkak dengan penuh seksa di lembah kotor itu. Bau hanyir menusuk ke hidung, dengan segera saya menutup hidung. Namun bau itu makin kuat. Lelaki buruk berwajah hitam legam, hingus meleleh di hidung meskipun sudah disapu berkali-kali, dan yang malangnya, ia telanjang bulat tanpa sebarang pakaian.

Ah, ia amat menjelekkan. Bukan hanya dia bertelanjang, bahkan lelaki yang lain, perempuan, mak nyah, pondan dan tomboi, semua bertelanjang dan sangat menjelekkan. Yang perempuan, air nanah meleleh keluar daripada kemaluan mereka. Yang lelaki, air kencing mereka berdarah dan berketul-ketul. Mereka membuang air kecil dengan penuh seksa dan meraung kepedihan.

Lelaki yang merangkak-rangkak itu dihidangkan makanan. Saya mengintai dari kejauhan. Aduh, hidangannya adalah najis lembu yang masih cair dan dihurungi lalat. Najis hitam itu bercampur dengan air kencing lembu yang kuning-kekuningan. Saya muntah dibuatnya. Lelaki itu mengambil najis lalu disuap ke mulutnya dengan lahap. Ia muntah, namun dimakan terus tanpa henti.

Seksanya, hanyirnya. Tiba-tiba suasana menjadi pegun. Terdengar suara yang penuh garau dan menakutkan,

✿ “Wahai manusia terkutuk, tahukah kamu neraka Hawiyah? Itulah neraka yang apinya menjulang-julang.”

Saya terpandang sepasang lelaki dengan perempuan. Si perempuan itu mengumpulkan nanah yang keluar daripada kemaluannya lalu diberikan kepada lelaki. Ia minum dengan rakus, kemudian muntah keluar. Yek, jelek sekali. Kemudian si lelaki bangun berdiri dan kencing sedangkan perempuan itu menadah mulutnya. Wek, saya muntah di situ juga.

✿ “Wahai penzina yang berbangga dengan kemaluannya di dunia, rasakan kamu air nanah dan najis pasangan kamu. Apa yang kamu banggakan di dunia adalah kehinaan di akhirat.”

Sekumpulan manusia bertelanjang berhidung babi dihidangkan dua jenis makanan. Makakan yang baik dan makanan yang jelek. Namun mereka seolah-olah tidak nampak makanan yang baik itu. Mereka menerkam ke arah makanan jelek, yang dihurungi cacing dan lalat. Baunya seperti bau najis ayam. Ia busuk sekali. Mereka makan dengan lahap kemudian bergaduh sesama mereka.

✿ “Wahai pemakan riba, kamu mengetahui bahawa riba merupakan kemurkaan di sisi Allah. Allah telah menyediakan ruang mencari rezeki yang baik untuk kamu namun kamu memilih riba.”

Saya ketakutan. Ya Allah, di alam manakah aku ini sebenarnya. Seketika, saya melihat kejauhan. Seorang yang kelihatan soleh. Wajahnya tampak kuat beribadat. Ia diperintahkan ke sebuah taman yang indah. Namun, baru sahaja ia melangkah, kakinya dipegang erat oleh seseorang.

✿ “Ya Allah, janganlah Kamu masukkan ia ke dalam taman keindahan itu. Ia seorang berilmu, namun ia tidak menyampaikannya kepada kami. Ia seorang naqib, namun ia tidak pernah berusrah dengan kami. Ia seorang pemimpin, namun ia tidak pernah membimbing kami. Ia seorang kuat ibadah, namun tidak pernah menunjuki kami. Masukkan ia ke neraka Ya Allah.”

Saya terus menangis. Seorang naqib? Ya, saya seorang naqib. Apakah seorang naqib seperti saya, yang tidak melakukan usrah akan dicampakkan ke dalam lembah orang telanjang itu? Saya menggeletar ketakutan.

Saya melihat sekumpulan wanita. Mereka sedang mengerumuni satu hidangan. Saya mengintai jauh-jauh. Alangkah, mereka sedang meratah daging mayat manusia. Mereka melapah daging manusia itu hidup-hidup. Siapakah mereka itu Wahai Tuhan?

Saya tambah menggigil apabila melihat salah seorang daripada mereka. Itu adalah saudara saya. Ia seorang yang berbai’ah dengan perjuangan Islam dan mencintai perjuangan. Mengapa ia turut berada dalam kelompok terkutuk itu.

✿ “Itulah kumpulan wanita yang suka mengumpat dan menyebarkan fitnah.Mereka memperjuangkan Islam. Namun dalam masa yang sama,mereka suka sekali menaburkan fitnah dan mengumpat.”

Satu suara menjelaskan kepada saya.

Ya Allah, saya mengerti. Ini kisah benar. Saya mendengar dari rakan saya sendiri. Apabila seorang muslimah berkenan dengan seorang muslimin, dan muslimah itu meminta bantuan daripada rakannya menjadi orang tengah. Malangnya, orang tengah itu bukannya menjalin ikatan bahkan menaburkan fitnah.

Ya Allah, saya berharap cerita ini bukannya mengumpat dan menaburkan fitnah, bukan juga menyebarkan keburukan orang lain.

Seorang ahli pejuang Islam, keluar berdua-duaan dengan muslimah yang turut pejuang Islam. Berpegangan tangan. Menunggang motosikal bersama-sama. Nah, kepada mereka kita ingatkan, Peluklah pasangan kamu itu di atas motor seerat-eratnya, namun harus kamu ingat, yang kamu peluk itulah yang akan menghirup nanah yang keluar dari kemaluan kamu.

✿Na’uzubillah, Ajirna minannar.

✿Saya keanehan. Mengapa seorang lelaki boleh mempercayai seorang perempuan yang sanggup menyerahkan tangan untuk dipegang, kulit untuk dibelai menjadi isterinya? Bolehkah perempuan itu dipercayai untuk menjadi ibu kepada anaknya?

✿ “Darah haid,” saya berpaling ke belakang. Seorang tua bertongkat merapati saya. " Darah haid, apa maksud atuk"

Orang tua itu menunjukkan saya ke satu arah. Terbeliak mata saya melihatnya. Sekumpulan lelaki dihidangkan air berupa darah haid yang baru sahaja keluar daripada seorang perempuan.

“Darah haid itu adalah untuk orang yang memuja perempuan sehingga LALAI DARIPADA MENGINGATI ALLAH,”

Khamis, Mei 26, 2011

Apa saya buat sekarang?

Assalamualaikum w.m.t.

Apa-apa je tajuk yek....mesti kawan2 heran nape lah blog saya nie asyik berabuk je...ari tu pun kata nak sambung cerita kembara anak2 pun x bersambung2 sampai dah nak balik kg semula dah nie tp masih x timbul2 lagi hutang 1 cerita...mintak maap lah yek dgn alasan seperti biasa..kakak buzy lah dik....tak pe..tak pe ada masa i upload eh gambo tu (ha..janji lagi)...kawan2 mesti pelik sekali lagi napelah x de cerita makan2 sayang ...dah x memasok n membaking lagi kah isteri cikgu zamri nie?...eh ado..ado sape yang kate x de...cumanya alasan seperti biasa non ado maso...nak menepek cerita kat rumah bersawang nie...n lagi satu rahsia n x berapa nak rahsia nie sebenonya isteri cikzu zamri nie kekononnya ada 1 misi yang besar...he..he..sebenonya i tgh berdiet...eceh...ceh..betoi ka che'...betoilah...sebab tulah jarang che' nak menepekkan gambo atau cerita makan2 sayang...bukan apa takut bila tepek gambo je...semangat nak makan berkobar2 lah balik...klu semangat nak makan nasi 1/2 senduk je x pe takut bersenduk2 lah pulak letak dalam pinggan..he..he..walau camne pun hobi pie blogwalking ke rumah kawan2 yang ada cerita makan2 sayang tetap diteruskan jgk cumanya kena kuat semangat n telan ayaq liur je lah yek...kekadang ke laut jugak dietnya bila time balik kg...mana boleh tahan tengok asam pedas ikan parang..betul tak kawan2 :)

Walau camne pun yang penting mesti kuat semangat untuk berdiet bukan semata2 untuk kurus tp untuk sihat sebenarnya...n lagi satu sebenonya i berdiet nie sebab cikgu zamri dah mcm bg hint je nak ada baby lagi..iyolah tu ye...so kenalah i kurangkan berat badan sekiranya dimurahkan rezeki untuk menambah ahli keluarga....klu i x kurangkan berat badan mahu naik sampai 100kg nanti...maklumlah time pregnent biasanya nafsu i nak makan nie menjadi2 tau...

So tungggggu cerita misi i untuk kurangkan berat badan ye (tengok berjanji lagi...)... :) Insya-Allah ada semangat yang berkobar2 utk tulis i tulis hik..hik...kepada kawan2 tolong doakan saya agar kuat semangat untuk mencapai target saya nie ye...

Isnin, Mei 16, 2011

Selamat Hari Ibu & Selamat Hari Guru

Assalamualaikum w.m.t.

he..he..mintak maaf banyak-banyak ye terpaksa meng"combine"kan ucapan..maklumlah sibuk memanjang kan...sebelum saya memberikan ucapan mohlah layan gambo seketul dua nie...


nie blueberry chesse cake yg saya buatkan untuk emak sempena hari ibu hari tu...letak 2 ekor ladybird 1 emak punya 1 saya punya tp sebenonya dua2 anak saya yang bujang tu yang ngap...x dan nak deko-deko lebih2 takut cair pulak on the way nak balik umah...maklumlah time tu kan tgh musim panas yang sangat

nie pulak hadiah dari anakanda yang tersayang..sebenonya ada 2 gelang 1 iman yang punya n lagi 1 ikhwan yang punya (tp yang ikhwan nie kata dia nak simpan..layankan ajelah ye)..gelang dan kad nie dibuat di tadika atas bantuan cikgu tadika anak-anak..terima kasih ye anak2 ummie...sayaaaaaaaang semua anak ummi semoga menjadi anak yang soleh dan cemerlang di dunia & akhirat...amin n tak lupa jugak terima kasih buat cikgu2 yang membantu :)


Jadi dikesempatan ini memula sekali nak ucapkan Selamat Hari Ibu teristimewa sekali buat emak saya iaitu Pn Elis Abu Sujak aka cik elis (sebenonya dah wish pun cuma x sempat2 nak publish kat blog nie...walau camne pun I luv u Emak) terima kasih kerana memberikan kasih sayang yang tak terhingga untuk anak mu ini :) ...Secondly i would like to wish Happy Mother's Day buat my MIL Pn Zainab n nama glamer kat kg org panggil kak nab..coz accept me as your own daughter...thank you so much (even she not read my blog...i dedicated this specially for her...luv u Ma)...and last but not least for all mother in the world you are superb... :)

Ini emak saya..saya sayaaaaaaang sangat emak saya :)

Ini Mak Mentua saya...saya pun sayaaaaang mak mentua saya :)

Ucapan seterusnya saya dedikasikan untuk suami saya sendiri selaku cikgu... Selamat Hari Guru..mengajar tu biar rerajin...mendidik tu biar ikhlas na...jangan main2...tau... Semoga menjadi guru yang cemerlang dan terbilang (part nie hubby i cakap orang dah tak guna sangat dah ayat cemerlang dan terbilang nie..tapi nape eik)...mudah-mudahan dapat APC tahun nie hik..hik..hik..lama dah dia ngidam nie n klu dapat bonus jangan lupa kat isteri you nie yek..rezeki dikongsi bersama he..he

tengah menung apa tu...berangan nak dapat bonus tahun nie ke?

Selasa, Mei 10, 2011

SUSU TERAKHIR BUAT SI KECIL

Assalamualaikum w.m.t.

Hari nie nak kongsi cerita yang saya copy paste dari facebook...minta izin copy ye

Susu Terakhir buat si kecil

by محمد هداية حسيني on Thursday, May 5, 2011 at 12:18pm

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...

**Sedih sangat nie…sampai rasa sebak yg amat sangat dalam dada…betapa besarnya kasih sayang seorang ibu tadi walaupon ketika berada di hujung nyawa tetapi masih sempat menyusukan si kecil sebagai ingatan terakhir buat dirinya sebelum mengucapkan "selamat tinggal anak ku...ibu pergi dulu ye sayang".

Jumaat, April 01, 2011

Cara Wardina Latih Anak lekat Solat 5 Waktu..

Minta izin copy paste ye untuk panduan kita bersama sebagai ibu bapa untuk mendidik anak-anak ...syukran jazilan

by Ismail Mohd Yusof on Tuesday, March 22, 2011 at 11:34pm

Semoga semua mendapat manfaat..


BERBALOI PENAT LELAH KU...

by Wardina Safiyyah OfficialPage on Friday, March 11, 2011 at 8:47pm

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda...

I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off...

I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi

dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is

SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) - lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat!

I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat.....

4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5)kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for her..and guess what???? She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap".....cair nya hatiku ini. Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!! And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us! I love you all!!! Good night.....

But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak boleh diajar berjalan terus...fahamkan?

Khamis, Mac 31, 2011

Mehlah baca sekejap :)

Assalamualaikum w.m.t. apa habaq kawan2 hari nie...Insya-Allah mudah-mudahan semuanya shat dan dirahmati Allah s.w.t. ...amin hari nie nak share satu cerita yang di copy paste dari facebook ...minta izin share ye :) http://www.facebook.com/home.php#!/notes/aleep-zol/so-sweetbacalah-kalau-ada-masa-free/200848229934724

Aisyah benar-benar keliru dengan sikap kekasihnya. Siang, malam, mesejnya satu pun tidak berbalas. E-mailnya terus lengang seiring dengan waktu yg terus berlalu. Dia sangat tertekan waktu itu. Aisyah memerlukan seseorang untuk menjadi tempat luahan bicaranya, tempat mengadu segala keperitan, tempat berkongsi suka dan duka.

Masih segar lagi diingatannya sewaktu dia dan Tariq bersama,kemana sahaja tentu mereka akan berdua. Setiap kali hujung minggu, sudah tentu panggung wayang akan menjadi destinasi utama mereka. Duduk berdua-duaan menjadi perkara yg amat dinantikan olehnya. Namun kini, semua itu hanya tinggal kenangan. Tariq bukan kekasih yg dikenalinya dulu, dia kini tidak lagi bersamanya untuk berkongsi suka dan duka. Janji-janji manis Tariq untuk bersama-sama membina istana berlandaskan syariat seakan-akan terkubur kini. “Kau jantan penipu! Kau pendusta! Aku benci kau!” hari demi hari, hati Aisyah makin kuat menjerit melepaskan kebencian, namun yg berkunjung hanyalah kerinduan terhadap seorang mahluk yg bernama lelaki itu.

Sehinggalah pada suatu hari, Aisyah bertemu dengan seorang gadis di sebuah program motivasi. Pertemuan didalam sebuah majlis yg singkat itu tidak diduganya membuahkan sebuah persahabatan yg berkekalan. Gadis itu amat lembut pekertinya. Auratnya dijaga rapi dan tutur katanya diatur sempurna. Danisya, itulah nama yg diungkapkan gadis itu sewaktu Aisyah menghulur tangan tanda perkenalan. Mulanya Aisyah tidak tertarik untuk mendekati gadis itu, namun kepetahan dan kebijaksanaannya berbicara, akhirnya hati Aisyah tertarik untuk mengenalinya dengan lebih rapat.

Sejak mengenali Danisya, Aisyah mula mendekati Islam sebenar-benarnya. Itu tidaklah bermakna Aisyah yg dahulu jauh daripada agama, namun kini dirasakannya perjalanan kehidupannya lebih terpelihara. Jika dahulu dia memakai tudung gaya moden yg menonjolkan dadanya, kini tudung itu menjadi bertambah labuh. Jika dahulu, T-shirt dan jeans menjadi pilihan pemakaian hariannya, kini jubahlah pula yg menjadi pembalut tubuh agar tidak menjadi bahan tatapan lelaki-lelaki berhidung belang. Hari demi hari, Aisyah seakan-akan mampu melupakan Tariq. Kini Danisyalah dunianya, segala masalah dikongsikan bersama. Kehadiran Danisya mampu menggantikan tempat Tariq. Yang anehnya, Danisya seolah-olah seperti Tariq versi wanita baginya.

Saban hari, semakin ramai yg gemar untuk berdampingan dengan Aisyah. Dia amat bahagia kini kerana dikurniakan ramai sahabat yg ada untuknya meluahkan rasa suka dan duka. Ramai pemuda cuba untuk mendekatinya, namun Aisyah segera menolaknya kerana dia sedar, cinta kepada seorang lelaki mampu membunuhnya. Apa yg dinantikannya kini hanyalah CINTA kepada ilahi dan bukannya cinta sementara rekaan syaitan bertunjangkan hawa nafsu. Cinta selepas kahwin menjadi idamannya kini. Bila dan siapa orangnya, biarlah Allah sahaja yg menentukannya.

Kini genaplah lima tahun pengajiannya di Institut Perguruan Kampus Gaya. Minggu hadapan, dia akan mula bercuti. Aisyah sudah mula sibuk mengemaskan barang-barang untuk pulang ke kampung halaman. Tiba-tiba Danisya datang mengirimkan sepucuk surat kepada Aisyah. Tanpa sebarang bicara, Danisya berlalu pergi. Perlahan-lahan, Aisyah membuka sampul surat berwarna biru itu. Hatinya berdebar-debar, kerana dia kenal benar dengan tulisan tangan disampul surat itu. Tulisan insan yg pernah membuat hidupnya sengsara dahulu.

Assalamulaikum,

Kehadapan Aisyah binti Abdul Halim, gadis yg selalu kusayangi sejak dahulu, kini dan InsyaAllah, untuk selama-lamanya. Maafkan diriku kerana telah lama menghilang tanpa sebarang berita. Aku pergi bukan kerana ingin meninggalkanmu tapi aku pergi kerana aku mahu mencari CINTA dariNya.

Mungkin dahulu aku pernah membawamu kedunia penuh kelalaian. Atas desakan hawa nafsu, aku mengajakmu melanggar batas-batas syariat. Mujur, aku tersedar lalu kutinggalkan kamu sendirian merangkak dalam kepayahan. Aku turut berduka kerana kehilanganmu. Siang, malam, hari-hariku terasa perit tanpa adanya kamu. Mungkin kau tidak menyedari, aku sering memerhatikan kamu. Mesej-mesej pertanyaan khabar darimu sengaja kubiarkan tidak berbalas. Maafkan aku.

Kuhadiahkan kamu adikkku, Danisya sebagai penggantiku, teman sewaktu kamu senang dan susah. Segala perkembangan tentang kamu, selalu kutanyakan kepada adikku. Kadang-kadang ada juga kau mengeluh tentangku, saat itu, aku terasa berat untuk menjauh darimu. Namun, aku perlu berbuat begitu, kerana aku perlukan masa untuk mengambilmu sebagai isteri. Ilmu agama perlu kuperdalami, ilmu dunia perlu kutuntut agar aku mampu mencari rezeki buat kita berdua.

Kini sudah tiba masanya untuk ku sunting dirimu. Apa yg perlu kau tahu, saat kamu membaca surat ini, rombongan meminang telah pun kuhantar kerumahmu. Kuharap kau sudi untuk menerimaku sebagai suamimu.

Sekian, wasalam.

Yg Benar,

Tariq.

Aisyah terdiam seketika, hatinya berbunga. Dalam esakan tangisan dia tersenyum. Dia bahagia kini. Tidak disangka, insan yg dahulunya dianggap pengkhianat, penipu dan pembelot rupa-rupanya seorang kekasih yg sejati. Benarlah, begitu indahnya cinta andai ada CINTA kepada Allah Yang Maha Esa. Aisyah mula menyambung kembali tugasnya. Tidak sabar untuknya pulang menanti hari-hari bahagia apabila dia dan Tariq disatukan nanti. Indahnya hidup berlandaskan syariat, itulah kisah Tariq dan Aisyah, anda bagaimana?

Hasil Nukilan : Jazulfadli Jamaludin


Kepada penulis terima kasih kerana sudi untuk berkongsi cerita ini pada kami semua...i like :)

Ahad, Mac 27, 2011

Nape Lambat Bonar

Assalamualaikum w.m.t. Apa habaq kawan2 semua...kekononnya hari nie ada semangatlah nak mengupdate blog alih-alih terbantutlah sudah usaha itu apabila gambo2 yang nak diuploadnya macam kura-kura berjalan tp rasa-rasanya kekura jalan lagi laju dari gambo yang nak ditepekkan dalam blog nie...frust betullah hmmm...rasanya kena try hari lain lah nampaknya bila ada waktu senggang lah yek...keciwa...keciwa...x dapat nak sambung cerita jom balik kampung 2 : Pengembaraan Bermula ...sian anak2 asyik tanya gambo umie dah masukkan? ...tunggulah ye nak excited betul diaorang nie

Jumaat, Mac 18, 2011

Jom Balik Kampung 2 : Aktiviti Anak-Anak

Assalamualaikum w.m.t.

Kali nie nak kongsi gambo aktiviti anak-anak di kampung...sebenarnya banyak aktiviti yang anak-anak cikgu zamri nie buat tetapi kebanyakkannya di rumah kawan-kawannya di kg Temangan nie so x dapatlah umie dia pie ikut serta so hanya gambo yang aktiviti kat rumah je lah ye saya uploadkan dan sambungan Jom Balik Kampung 3 akan disertakan gambar2 "pengembaraan cikgu zamri dan anak-anak bermula"...ala-ala macam cerita upin & ipin geng tu (lebih kuranglah sikitlah... layankan aje anak2 dan cikgu zamri nie ...yg termengah-mengah naik bukit sayalah :) )



cikgu zamri tengah get ready upih pinang untuk anak-anak naik


iyah...satu..dua..tiga..zam...zam...cikgu zamri...he...he...he...anak2 pun pandai cakap zam..zam ala ka zam...mcm cerita laksamana do re mi tu cumanya saya je yang suka2 tuko zam..zam cikgu zamri..he..he..he


nie iman tengah main tarik lori kat tengah2 kebun mak mentua..suka beno main kat celah2 pokok timun dengan anak pisang


Jom Balik Kampung 1

Assalamualaikum w.m.t.

Lama tak bergebang-gebang...semenjak bertukar cawangan tempat kerja nie sememangnya tidak punya masa utk bergebang dalam blog nie...nie bukan tahap bersawang dah nie sampai dah reput kayu rumah..he...he..he..
Untuk makluman kawan2 semua saya telah ditukar ke unit business di KPYPJ, masih di Johor lagi dan hanya sepelaung je dengan Institut Hospitaliti YPJ kolej terakhir setakat ini saya bertugas. Kerja di unit business nie rasanya lebih mencabar berbanding bertugas di bahagian kewangan kolej-kolej KPYPJ...sebabnya nape ek...sebabnya dalam unit nie saya kena jaga kewangan untuk lebih kurang 6-7 unit di bawah unit-unit business nie seperti unit latihan dan khidmat runding, percetakan & penerbitan, katering, usahawan jahitan, sewaan rumah kedai, pusat kecemerlangan pembangunan insan, tadika dan ibu pejabat unit business sendiri...mmg x menang tanganlah nak buat kerja...so kepada rakan-rakan yang nak dapatkan khidmat daripada kami jangan segan2 dan malu Insya-Allah kami akan memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan harga yang berpatutan...dan nak tambah satu lagi kami mempunyai pantai yang cantik tau di Sekakap, Mersing kalau nak buat kem/kursus motivasi di tepi pantai...
Berbalik kepada tajuk di atas...he..he..he..sebenonya nak cerita pasal pengalaman balik kampung sempena cuti sekolah...dan juga saya nak maklumkan pada kawan2 mungkin saya akan tukar tema blog saya nie...kalau sebelum nie blog saya dikenali dengan tema warung maya cikgu zamri tapi bila difikir-fikir dengan ketiadaan masa senggang yang banyak utk bercerita dan juga menulis resepi yang dikongsi maka saya ingat nak tukor jadi BUKU SKRAP KELUARGA CIKGU ZAMRI...nape asyik nak bubuh nama cikgu zamri je...x de nama sendiri ke?...he..he..he..sebonarnya niatnya mmg gitulah sebab klu cikzu zamri x izinkan saya berblog maka x delah blog nie...amboi2 mcm isteri mithali konon...perasan..tp nape ek mcm suka plk letak nama cikgu zamri nie...he..he..he...jadinya dalam blog nie saya masih akan meletakkan cerita2, pengalaman2 dan juga resepi2 tapi kelainannya ialah untuk resepi2 tsbt saya akan copy n paste sahaja dgn cara amik gambo dr buku, majalah dan sumber2 yang dipercayai n tepekkan resepinya dalam blog nie atau pun link pada blogger2 yang memang dah sedia maklum kepakarannya dalam bidang masakan (bukan apa ada sesetengah buku masakan tiada dalam simpanan saya, saya cuma boleh pinjam je dan ada buku masakan keluaran lama yg mungkin tiada lagi dalam pasaran)...jadi terlebih dahulu saya minta izin kepada semua ye untuk copy, paste n link bahan2 yang saya masukkan dalam blog saya...tetapi sekiranya ada yang tidak bersetuju dan tidak mengizinkan cara saya nie bolehlah e-mail pada saya di sauqinah2003@yahoo.com janganlah sampai saman saya...saya nie orang sederhana je...duit pun x banyak nak bayo saman...mintak maaf awal-awal ye.

Khamis, Februari 03, 2011

Selamat Tahun Baru Cina

(minta izin copy paste gambo nie ye...ihsan drpd mStar Online)

Selamat Tahun Baru Cina buat semua rakan-rakan yang menyambut tahun baru cina...semoga bertambah kekayaan dan kesejahteraan dalam kehidupan...rindu nye masa zaman belajar dulu...teringat dekat may (student business admin)...kat cikgu fun kok siang (cikgu bahasa melayu saya...jgn x sangka cikgu nie ajar BM tau)...and the rest of my friend yg tak lupa kongsi kegembiraan dalam perayaan tahun baru nie...di mana kamu semua yek...setiap kali sambut perayaan mesti akan ada tanglung yg akan diletakkan depan pintu bilik hostel saya dr kawan-kawan berbangsa cina dan x lupa jgk kuih bakul dan limau...terima kasih banyak2

Selasa, Februari 01, 2011

Doakan pelajar-pelajar kita di Mesir

Saya minta izin copy & paste ye...marilah kita sama-sama mendoakan keselamatan dan kesejahteraan pelajar-pelajar kita di sana dan mudah-mudahan pelajar-pelajar kita dilindungi dan dapat kembali ke bumi Malaysia dengan selamat...Insya-Allah..amin

(Serius) Krisis sebenar darurat di Mesir


by Abu Khuzaifah on Monday, January 31, 2011 at 8:07pm

Kalau anda membaca post ini, harap boleh sebarkan di facebook, twitter, blog, tumblr masing2. Kalau boleh biar satu Malaysia tahu sebab ianya sangat penting. Ini melibatkan keselamatan, maruah, nyawa dan masa depan lebih 6000 pelajar Malaysia di sana. Kita harap dengan tersebarnya maklumat pihak kerajaan dapat melakukan tindakan yang sewajarnya.

edit: angka sebenar jumlah pelajar Malaysia di sana tidak diketahui, tapi ada sumber memaklumkan terdapat 11,000 rakyat Malaysia tinggal di seluruh Mesir.

edit 2 : beberapa rujukan telah ditambah.

Ringkasan : Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.

Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.

1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir

Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.

2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat

Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.

Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.

3. 5000 banduan terlepas dari penjara

Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.

Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.

sumber: http://goo.gl/KDkfI

4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak

Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.

Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.

edit : Berikutan ada menyangkal point ini…ada baiknya anda lihat blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita dan mungkin rujuk entri ini juga

http://goo.gl/iE5Y4 dan juga http://goo.gl/aU1uI

5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan

Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.

Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.

6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar

Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi.

Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.

7. Bloggers seluruh Malaysia, take note!

Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.

Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:

Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch

Twitter: DyyaDizarch

Blog: Nadia-ism

YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.

- Nadia

8. Sebar-sebarkan berita mengenai ini

Mintak tolong sebar berita ini di facebook, twitter, yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar.

9. Bacaan berguna

Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:

1. Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

2. Facebook Pages – Selamatkan Pelajar kita di Egypt

3. What’s happening in Egypt

4. Ariffshah : Krisis Mesir Nasib Pelajar Kita

5. Obefiend – revolusi piramid bukan MLM Mesi.

dipetik dari

http://jomphp.com/serius-krisis-sebenar-darurat-di-mesir-sebarkan-kepada-semua.html