Pages

Sabtu, November 27, 2010

Ayam Masak Merah

Assalamualaikum w.m.t.

Terlebih rajin pulak hari nie...nie entry yg ke-3 utk hari nie...maklumlah selalunya sibuk memajang..kalau x sibuk pun...teramatlah rajinnnnnye nak menulis he..he..rajin terbalik ye kawan2...so kali nie nak kongsi masakan utk tengahari tadi...mula2 nak buat sekali nasi tomato...cek punya cek stok sos tomato cukup2 untuk ayam masak merah...tak apelah makan dengan nasi putih pun sodap jugak kan..kan..kan...so mehlah kita berkongsi resepi yg bahan2nye sememangnya yg ada kat rumah....
Bahan-bahan kisar :
20-25 lada kering
1 biji bawang besar-saiz sederhana
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas-nie saya x letak sbb non ado kat rumah
1-2 batang serai
Bahan-bahan lain :
5-8 ketul ayam yg telah digoreng
1 biji bawang besar-saiz sederhana dihiris
1 biji bawang besar-dipotong bulat/separa bulat
2 biji bawang putih-dihiris
1 keping asam keping/gelugor
1 sudu sos tomato maggie
2 sudu sos cili maggie
1-2 sudu gula
Sedikit air
Garam
Serbuk perasa (option)
Minyak untuk menumis
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga terbit minyak. Jangan lupa kacau nanti bahan tumisan hangus.
3. Masukkan sos cili, sos tomato, asam keping, gula, garam dan serbuk perasa. Bagi yang x berapa suka kuah yang pekat masukkan sedikit air. Kalau saya suka sambal banyak so saya akan lebihkan sikit lada kering.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng dan kaup balikkan dalam sambal tadi n masukkan bawang yang dipotong bulat/separa bulat.
5. Masak hingga bawang sedikit layu dan bolehlah ditutup api dan dihidangkan.
Biasanya kalau masak nasi tomato dan ayam masak merah mesti nak ada acar dan dalca...tp klu saya nasi...ayam..dan acar pun dah kira macam makan sepinggan lengkap...sebab dah ada lauk ayam dan sayur...tp sebenonya kat umah x cukup bahan nak buat dalca so keputusannya buat acar je lah...ada di sesetengah tempat acar nie dipanggil pencuk...acar darat...salada timun dan nenas dan macam2 lagilah mengikut panggilan tempat masing2...tapi bagi saya dah terbiasa dengan panggilan 'acar' sahaja maklumlah emak kat rumah pun panggil acar je...tu yang memula org cakap nak buat pencuk atau ada nama lain untuk acar saya akan termanggu dan tercopong2..apa tu?...he...he..he...so kita kongsi resepi acar simple saya...org kata yang sempoi je lah.
Bahan-bahan :
Timun-dihiris*
Lobak merah-dihiris*
Nenas-dihiris*
1-2 biji lada merah-dipotong bulat nipis2
1 biji bawang besar-dipotong separa bulat
1 sudu besar cuka/limau nipis
1-2 sudu gula
Sedikit garam
*ikut citarasa masing2
Cara-caranya :
Masukkan kesemua bahan2 dalam satu bekas dan digaul rata. Biarkan selama lebih kurang 5-10 minit untuk rasa tersebut sebati dengan bahan2 yang dicampur. Biasanya acar ini akan mengeluarkan air sendiri daripada sayur2an yang dicampur tadi.
Bagi yang x tahan dengan cuka bolehlah letakkan sedikit sahaja atau pun gantikan dengan limau nipis atau lemon...untuk rasanya kenalah cuba try n error...Insya-Allah menjadi...maklumlah setiap orang ada citarasa sendiri dan dengan air tangan tersendiri...yang penting sebelum memulakan apa jua kerja hendaklah dimulakan dengan Bismillah dan masa memasak tu kenalah hepi..hepi selalu...confirm jadilah kalau x jadi pun mungkin secara x sengaja jadi resepi baru...contohnya nak masak resepi A alih2 jadi resepi AB lah pulak itu yang dinamakan inovasi...merekacipta sesuatu yang baru hasil daripada rekacipta yang asal...eh betul ke? he..he..he suka2 hati je ye...
So siaplah kedua-duanya dan bolehlah dimakan dengan nasi putih...nasi tomatonya lain kali lah yek..selamat memasak :)

0 ulasan:

Lilypie Fifth Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers