Isnin, November 08, 2010

Cream Puff

Assalamualaikum w.m.t.

Dah lama dah x bergebang2 dgn kawan2 kat warung maya cikgu zamri nie...sampai tertanya2 kawan2 blogger ke mana menghilang...merajuk ke?...x de ke mana2 masih ada di warung maya cikgu zamri nie...terasa semangat utk bergebang2 kat warung semakin kurang...kenapa ek?...mmm nak kata buzy dikira buzy lah jgk...nak kata malas..malas lah jgk..tp bab makan2 sayang masih ada cumanya x ade semangat nak upload gambo n berkongsi cerita bila bb celcom kesayangan nie teramatlah lah lambatnye..sampai boleh tertido depan netbook dibuatnya... :)

Untuk itu...hari nie terasa sedikit rajin utk berkongsi resepi dgn kawan2...hari nie nak kongsi resepi macam mana nak buat cream puff...anak2...cikgu zamri n kawan2 kat opis pun suka..itu yg rajin nak buat klu ramai yg suka makan...he..he....resepi asal i amik kat teratak chetam mtk izin utk letak resepi ye...terima kasih :)


Bahan-bahan untuk pastry :-
250 ml air
125 gm butter
150 gm tepung gandum-ayak
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh gula
4 biji telur
Cara-caranya:-
1. Didihkan air, masukkan butter, garam dan gula hingga cair.
2. Masukkan tepung yg telah diayak dan kacau sehingga adunan tidak melekat di periuk.
3. Angkat dan sejukkan. Bila dah sejuk masukkan telur satu persatu dan gaulkan hingga sebati.
4. Untuk memudahkan kerja, masukkan adunan tersebut dalam piping bag beserta nozzle dan bolehlah picitkan ke atas dulang pembakar. (klu x ade piping bag n nozzle biasanya saya guna plastik putih n guntingkan sahaja hujungnya).
5. Bakar di dalam oven selama 25 minit atau sehingga kekuningan pada suhu 200c.

Bahan-bahan untuk kastard:-

500 ml susu segar

100 gm gula

80 gm tepung kastard

Cara-caranya:-

1. Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan kacau hingga sebati (pastikan tepung kastard x berketul2..klu berketul tapis dulu bancuhan tersebut).
2. Jerang atas api dan kacau hingga likat. Pastikan guna api yg kecil sahaja.
3. Bila dah likat bolehlah diangkat dan disejukkan dan bolehlah dimasukkan dalam piping bag untuk memudahkan cream kastard dipicit ke dalam puff yg telah masak tadi. (Jangan lupa buatkan sedikit lubang untuk picit masuk kastard dalam puff).

*gambo kat atas tu che' guna plastik putih je yek..klu guna nozzle bentuknya akan lebih cantik dan menarik.

Selamat mencuba ye kawan2 n jangan lupa baca Bismillah masa mula nak buat apa jua pekerjaan...Insya-Allah menjadi... :)


4 ulasan:

Sari Yusa Ibrahim berkata...

wah, byk akak jumpa rsepi cream puff rasanya ni yg paling senang & murah, thanx, Erin

Ezreen Abdul Rahim, Johor DT berkata...

sama2 kak yus..erin klu cari resepi klu boleh nak yang senang dapat bahan...harga yang berpatutan n mudah nak buat...n nak makan pun senang he..he

'NuReeN' berkata...

dah lama rasa nak buat tp x sempat.. tq recipi ni.. nti nak try buat la....

Ezreen Abdul Rahim, Johor DT berkata...

sama2...try jgn x try...boleh makan puas2 :)