Sabtu, November 27, 2010

Jemput-Jemput Nasi Ikan Bilis

Assalamualaikum w.m.t.

Sarapan apa yek pagi-pagi sabtu nie...x de idea lah plk...tgh dok pikiaq2 nak masak apa (maklumlah byk brg dapur dah habis) teringatlah pulak jemput2 nasi ikan bilis kak yus...he..he..tgk dalam periuk ada lagi nasi lebih mlm tadi...ikan bilis...tepung gandum pun ada...hmm..boleh lah buat jemput2 nasi ikan bilis...so adik mintak izin share n link resepi jemput2 kak yus yek

Bahan-bahan :
2 cawan nasi
2 cawan air
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1/2 cawan ikan bilis
2 1/2 cawan tepung gandum
1 biji lada besar - hiris nipis
Sedikit lobak merah - dihiris*
Sedikit kacang buncis - dihiris*
Daun sup/bawang - dihiris halus
Sedikit garam
Minyak utk mengoreng
*yg nie saya tambah sendiri he..he

Cara-caranya :
1. Masukkan nasi, air, ikan bilis, bawang putih, bawang besar, garam dalam pengisar dan kisar sehingga sebati.
2. Tuangkan dalam bekas, masukkan tepung, lada dan sayur-sayuran yg telah dihiris dan gaulkan hingga sebati.
3. Panaskan minyak dan goreng adunan hingga kekuningan atau hingga masak.
Dah masak bolehlah dihidangkan dengan cili sos atau sos yg dibuat sendiri.
Bahan-bahan :
3-5 biji lada merah
1-2 biji bawang putih
1 sudu besar cuka/limau nipis
1-2 sudu gula
1 sudu cili sos (option)
Cara-caranya :
Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar hingga lumat...klu nak rasa pedas2 manis so bolehlah tambahkan sedikit lagi cili sos dan gula...semuanya bergantung kepada citarasa masing2 ye.

Dah siap bolehlah dicicah dengan jemput-jemput nasi ikan bilis...mmm...memang sedap...(chewah..chewah...perasan lagi) n jemput2nya lembut...anak2 pun suka...best2....terima kasih ye kak yus.

2 ulasan:

erienz berkata...

Salam kak erin....lama tau rin nak tunggu akak update...mcm sedapje jemput2 nasi goreng...x pernah tau lak leh buat campur ngan nasi... boleh cuba lps ni:)

Ezreen Abdul Rahim, Johor DT berkata...

Waalaikumussalam w.m.t.
cuba jgn x cuba :) akak pun x terfikir nasi boleh jd jemput2..bila tengok kak yus buat mcm sedap je itu yg try buat.. :)