Pages

Sabtu, November 27, 2010

Sup Tulang Daging Korban


Assalamualaikum w.m.t

Hari nie terasa bersemangat sikit nak menulis resepi makan-makan sayang...klu ikutkan pun sup tulang daging korban nie dah lama i masak tp la nie baru terajin nak upload gambo n attach kan resepinya..untuk makluman kawan2 tulang lembu nie emak i yang bagi..dapat dr pihak masjid yg edarkan kepada penduduk2 kat kg sempena hari raya korban yg lalu...terima kasih diucapkan buat penduduk Felda Semencu yg sedekahkan daging korban nie...semoga Allah menambahkan rezeki dan memberkati kehidupan kalian..amin.

Jadi tanpa membuang masa i kongsikan resepi sup tulang daging yang simple nie utk kawan2...mtk maaf lah ye i punya resepi nie biasanya yg ringkas dan mudah utk dapatkan bahan2nya n yg paling senang kata..bahan2 yg ada kat rumah la..he...he...

Bahan-bahan :
Tulang lembu & daging lembu - lbh kurang 2 kilo
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
1 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk (klu suka pedas boleh lebihkan sedikit)
1 bunjut rempah sup tulang adabi
2-3 sudu serbuk rempah sup adabi
1 kiub ayam maggie (option)
1 biji bawang besar - dihiris
3 biji bawang putih - dihiris
1 inci halia - dihiris/ditumbuk
2 biji kentang
Garam
Serbuk perasa (option)
Minyak masak
Air
Daun saderi/dau bawang - hiasan
Bawang Goreng - hiasan

Cara-caranya :
1. Panaskan minyak masak, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia, tumiskan sekejap dan masukkan bunga lawang, kayu manis, cengkih, buah pelaga dan lada hitam.
2. Bancuhkan serbuk rempah sup adabi dgn sedikit air dan masukkan dalam periuk tadi, kacau sebentar.
3. Masukkan tulang dan daging lembu, gaulkan dengan rempah tumis tadi n masukkan air, sup bunjut tulang adabi, kentang, kiub ayam, 1 sudu kecil garam dan serbuk perasa (nie petua mak mentua i ...katanya utk cepat daging empuk masukkan sekali serbuk perasa..tp bg yg x pakai serbuk perasa, rebuslah daging tu lama sikit..atau masukkan dalam pressure cooker...betul tak)
4. Rebuskanlah daging lembu tadi sampai empuk.
Biasanya saya akan rebus daging bersama kentang untuk memekatkan kuah sup...dengan cara, rebus kentang sampai lembik atau sampai nak hancur lah (betul ke ayat nie ek)..so ia akan memekatkan kuah sup dan memberikan rasa yg sedikit masam..klu nak masam lagi bolehlah dimasukkan potongan tomato dan rebus sampai lembik jgk (nie ceduk sikit resepi dari kawan sekerja yg diperolehi tips memasak dr seorang chef india yg ada bukak kedai rempah di kipmart tampoi..tima kasih ye)
5. Jadi bila daging dah empuk n x liat, rasa sedikit kuah sup klu kurang rasa masukkanlah garam mengikut rasa masin masing2, saya nie x kuat masin so garamnya x lah pakai banyak lepas tu bolehlah tutupkan api dan hidangkan. Jangan lupa taburkan dengan hiasan daun saderi/daun bawang dan bawang goreng. Boleh dimakan dengan nasi, mee, cicah roti atau dimakan begitu sahaja...tapi saya makan dengan nasi empit...nak sedap lagi letak sambal kicap atau sambal lada dan perahkan limau nipis utk pantai timur style... he..he

Keputusan daripada juri khas iaitu mak mentua saya yg sememangnya tukang masak kat resort...jeng...jeng dia kata sedap..khe..khe...kembang kuncuplah tu...susah tau klu ada mak mentua yg terror memasak nie takut tak memenuhi citarasa n ISO yg ditetapkan...he..he..ada x ek ISO utk kualiti masakan dan makanan...



0 ulasan:

Lilypie Fifth Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers