Jumaat, April 02, 2010

Makan-makan di hujung minggu

Nie pulak makan-makan hari sabtu lepas klu kawan2 nak tau makanan kat bawah nie lah antara makanan favorite satu keluarga i...Asam Pedas Kepala Ikan Mayong

klu mak masak lauk nie..kena beli kepala ikan sahaja dekat 4 kepala sebab takut berebut...so bila beli banyak semua dapat rasa..tp rega pun boleh tahan...mmm..sedapnya...my hubby yang x makan pedas2 pun boleh terliur tau nak mencuba...tp paling tak lupa masa baru-baru kahwin dgn my hubby...selepas makan hidangan nie i pun tanya lah "abang makan ikan apa tadi?"...so dengan confidentnye dia jawap "makan ikan monyang lah" apalagi kitaorg sekeluarga x boleh tahan ketawa mcm nak pecah perut.."bukan monyang lah ikan mayong kira mcm adik beradik ikan duri..klu ikan duri saiznya kecik sikit"..he..he mak yang tolong betulkan...la nie dah pandai makan dah..byk jugak yg my hubby x tau makan sebelum kahwin dgn i..mcm siput sedut...ketam...n ada lah lain2 makanan ...tp sejak kahwin dgn i..no problem dia dah boleh makan dah apa yg i suruh try makan...khe..khe..maklumlah i nie kan suka makan...no wonderlah kan...tgk saiz badan (ish..ish bila lah nak kuruih nie..)

nie pulak sayur taugeh goreng pelengkap 2 hidangan lauk...keluarga i nie sebenonya simple..klu time makan mesti nak ada 2 hidangan wajib iaitu lauk ikan/ayam/daging/lain2 n plus dengan sayor..2 jenis lauk pun dah cukup..tp klu nak lauk lain kena request lah kan maklumlah klu boleh x nak membazir..tp klu ada guest biasanya kitaorang akan pelbagaikan sikit menunya supaya diaorang boleh buat pilihan makanan...

tembikai/semangka/timun air (klu kat kelantanlah) sebagai pencuci mulut..eh salah sepatutnya sebagai pembuka makanan..kan ikut sunnah Rasullulah s.a.w. makan buah dulu sebelum makan hidangan utama...mari kita amalkan....

2 ulasan:

musYuk berkata...

asam pedas ikan mayong sedap nyer T..T makan x ajak hhuhuhuh

Ezreen Abdul Rahim, Johor DT berkata...

meh lah makan...dah ajak dah :)